Tuesday, October 6, 2009

IMAN

Iman Maksud : tasdiq (membenarkan) iaitu percaya (iktikad) dengan hati, dilafazkan (ikrar) dengan perkataan dan diamalkan dengan perbuatan. Tasdiq tersebut mestilah dengan redha, tidak ragu, tidak engkar dengar semua ajaran Islam di atas dasar ilmu yang yakin, bukan di atas dasar syak atau ragu. Iman tidak boleh dibelah-bahagikan. Contohnya, sesiapa yang mengengkari (kufur) dengan satu arahan Allah, dikira kufur dengan semuanya, apatah lagi kufur dengan semua hukum Allah.

1) Membohong/menipu Di dalam kehidupan seharian, ramai yang terpengaruh sama ada daripada rakan sebaya di sekolah, tempat kerja dan juga tempat awam. Ketiga-tiga kategori di atas tidak terlepas daripada melakukan penipuan sama ada dalam bentuk perkataan dan juga amalan. Contoh perkataan ialah terus terang menukar maklumat asal dengan yang palsu ataupun menokok tambah cerita, dan amalan pula berupa dalam bentuk urusan perniagaan, meniru, sukatan berat dan menukar fakta. Sabda Rasulluh S.A.W yang maksudnya : “Tiga perkara, sesiapa yang memilikinya dia dianggap munafik sekalipun dia berpuasa, bersembahyang, menunaikan haji, membuat umrah dan mengaku dirinya seorang Islam iaitu orang yang apabila bercerita dia berdusta, apabila dia berjanji dia mungkir dan apabila diamanahkan (sesuatu) dia khianat”.

2)
Memungkiri Janji Berdasarkan Hadis Nabi pada no 1), sememangnya kadang-kadang dan ada juga selalu berlaku perihal memungkiri janji apabila berjanji. Perkara ini berlaku di setiap kategori dan sentiasa berlaku di kalangan orang dewasa yang sengaja tidak menunaikan janji dan sentiasa sibuk dengan urusan masing-masing dan menjadikan ia sebagai alasan.
3) Mengkhianati Amanah Kesinambungan dari hadis nabi pada no 1), Sifat amanah adalah salah satu sifat terpuji. Amanah juga merupakan salah satu sifat yang wajib bagi para rasul. Setiap umat Islam dituntut supaya memelihara amanah dan jangan sekali-kali mengkhianati amanah atau dengan kata lain pecah amanah. Perkara ini melemahkan iman seseorang dan seseorang itu akan terpengaruh melakukan amalan lain sekiranya tidak dibendung. Pecah amanah juga tidak terlepas untuk berlaku di sekolah dan tempat kerja.
4) Tidak Menjaga Solat Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : “Solat adalah tiang agama, barang siapa yang mendirikannya sesungguhnya dia telah mendirikan agamanya dan barang siapa yang meninggalkannya sesungguhnya dia telah meruntuhkan agamanya”. Jika diperhatikan pada hadis ini tiada sesiapapun yang terkecuali dari kewajipan bersolat walaupun saudara baru. Namun, apabila diperhatikan dan diselidiki, ramai yang tidak menjaganya terutamanya pelajar, wanita dan orang dewasa. Ini disebabkan oleh terlampau sibuk dengan urusan masing-masing dan malas. Walaupun wanita mempunyai sebab keuzuran tetapi ada juga di kalangan mereka memandang remeh mengenai solat. Para pelajar pula wajib diajar tentang kewajipan sembahyang. Rasulullah bersabda : “Suruhlah anak-anak kamu mengerjakan solat apabila berumur 7 tahun dan apabila sudah sampai 10 tahun maka pukullah jika mereka tidak sembahyang”. (Riwayat Abu Daud)
5) Puasa Ibadat puasa merupakanrukun Islam yang kedua selepas menunaikan solat. Lemahnya iman seseorang apabila tidak dapat menunaikan ibadat puasa kerana tidak tahan dengan dugaan dan godaan nafsu semasa berpuasa. Setiap tahun kita dikejutkan dengan penangkapan muslimin dna muslimat yang tidak berpuasa di bulan Ramadhan sama ada dari golongan pelajar, wanita dan orang dewasa. Mereka bukan sahaja tidak berpuasa kerana malas tetapi makan minum secara terbuka di khalayak ramai. Allah SWT berfirman maksudnya “Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu untuk berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa.” (al-Baqarah: 183).
Puasa yang difahami oleh kebanyakan orang adalah suatu yang menyebabkan badan menjadi lemah dan lesu. Ini tidak benar sekali kerana sebenarnya merupakan latihan yang baik untuk badan, pencernaan di samping memantapkan lagi keimanan kepada Allah SWT.

6)
Mengumpat Kebanyakan daripada kita sentiasa mengatakan para wanita amat suka mengumpat iaitu menceritakan mengenai seseorang tanpa pengetahuan seseorang yang diceritakan itu. Mengumpat kebanyakannya adalah untuk menerangkan keburukan seseorang itu bukan sahaja dilakukan oleh wanita tetapi semua golongan. Kelemahan iman boleh berlaku kerana perkataan dan amalan yang dilakukan adalah kehendak dan tiada kesedaran diri menyebabkan mereka mendapat dosa dan lupa tentang apa sepatutnya dibuat oleh mereka ketika itu sedangkan mereka sepatutnya menggunakan lidah mereka untuk mengucapkan perkara yang baik sentiasa.
7) Mencaci/mencela Perbuatan mencaci dan mencela yang juga disebabkan tidak menjaga lidah dan fikiran juga melemahkan iman seseorang pelajar, wanita dan orang dewasa yang juga boleh menjuruskan mereka kepada perbuatan yang lebih teruk dan berdosa iaitu fitnah. Mereka yang suka mencaci dan mengata orang lain menyebabkan fikiran mereka kotor dan tidak sedar tentang diri mereka sendiri. Apabila kita mengata kepada orang lain sebenarnya ia adalah doa kepada yang diri kita sendiri.

8)
Mencuri Ramai yang beranggapan perbuatan mencuri hanya berlaku di kalangan orang dewasa ataupun orang awam sahaja. Mencuri bukan sahaja melibatkan perbuatan dengan tangan atau kaki tetapi juga perbuatan zahir dan fikiran sesorang sebagai contoh mencuri idea, mencuri ruang dan meniru sesuatu tanpa kebenaran. Mencuri masa adalah sesuatu yang mungkin boleh dimaafkan.

No comments:

Post a Comment