Tuesday, October 6, 2009

akidah seorang muslim

AKIDAH MUSLIM
Dalam Susana dunia yang semakin mencabar, ramai manusia berebut-rebut mengejar kekayaan,
kemewahan dan kesenangan duniawi tanpa memperdulikan lunas-lunas ajaran agama. Apa yang penting bagi mereka, kekayaan, kemewahan dan kesenangan mesti diperolehi semaksimum yang boleh. Akibatnya sesebuah institusi keluarga itu telah leka dari menjaga kebajikan pendidikan anak-anak dari segi keagamaan. Maka apa yang kita lihat sekarang, ramai golongan remaja yang telah terpesong akidah dan agamanya. Kini, saban hari kita didengarkan dengan pelbagai isu seperti ajaran sesat, pelacuran, rogol dan pelbagai lagi aktiviti yang tidak sihat.
Jika keadaan ini terus berlaku, maka keruntuhan akidah dikalangan umat Islam akan menjadi berleluasa. Sebelum diulas dengan lebih mendalam akan peranan keluarga dalam pendidikan agama, kita perlu tahu akan apa yang dimaksudkan dengan akidah dan agama. Perkataan akidah itu menurut maksudnya adalah merujuk kepada kepercayaan atau keyakinan. Agama pula adalah kepercayaan kepada tuhan dan sifat-sifat serta kekuasaannya. Antara akidah dan agama itu adalah satu perkaitan yang seiringan. Semakin kuat pegangan agama seseorang semakin teguh akidahnya.
Langkah-Langkah Mengukuhkan Akidah
Ada banyak cara yang boleh dilakukan untuk mengukuhkan akidah, salah satu pendekatan yang penting adalah memberikan didikan agama kepada anak-anak pada peringkat awal. Sebenarnya pendidikan awal adalah bermula dari rumah, bukan dari sekolah. Keluarga mestilah mendidik anak-anak dengan ajaran agama yang betul. Aspek yang mesti diajar kepada anak-anak adalah berkaitan dengan kepercayaan. Rukun iman dan Rukun Islam yang menjadi asas akidah Islam itu adalah perkara asas yang wajib diajarkan kepada anak-anak. Dengan adanya asas yang kukuh dalam diri seseorang itu, ini akan dapat menghindari dari melakukan perkara-perkara yang boleh merosakkan akidah.
Bagi mengukuhkan akidah, banyak langkah yang boleh kita lakukan antaranya ialah melakukan banyak perkara sunat seperti membaca Al Quran, solat tahajud dan bersedekah. Dalam keadaan kita melakukan aktiviti begini, jiwa dan hati kita akan terasa tenteram serta tenang. Keadaan ini akan menggalakkan diri kita untuk menambahkan amalan-amalan sunat dan dalam masa yang sama akan dapat mengukuhkan akidah. Walaupun perkara ini bukan mudah untuk dilakukan, tapi dengan melakukan dengan permulaan yang sedikit dan melakukannya setiap hari adalah cara yang terbaik untuk melakukannya.
Sentiasa memohon keampunan kepada Allah SWT juga boleh mengukuhkan akidah seseorang. Dalam kehidaupan harian kita, kita tidak pasti sama ada kita melakukan dosa atau tidak. Contoh dalam melakukan amalan seperti Solat, belum tentu kita khusyuk sepenuhnya. Jadi ini boleh mendatangkan dosa atau sekurang-kurangnya akan mengurangkan pahala. Jadi langkah yang terbaik adalah dengan sentiasa memohon keampunan kepada Allah SWT. Sedangkan nabi junjungan besar kita, Nabi Muhammad SAW yang maksum dari melakukan dosa sentiasa memohon keamunan, inikan kita yang tidak terlepas dari melakukan dosa.
Selain itu, bagi mengukuhkan akidah kita mestilah sentiasa mendalami pengetahuan dan ilmu keagamaan kita agar pengaruh-pengaruh dari luar tidak dapat mempengaruhi kita. Dalam suasana dunia yang semakin canggih, kita tidak akan terlepas daripada menerima pelbagai pengaruh sama ada baik atau buruk. Kenyataannya sekarang, ramai manusia yang bertambah cerdik, bijak dan pandai sehinggakan kepintaran mereka itu digunakan untuk membuatkan diri mereka terkenal. Ada segelintir manusia yang sudah terlalu pandai menganggap merekasebagai tuhan, rasul dan utusan-utusan tuhan. Dengan cara mendalami pengetahuan agama, kita akan mampu untuk menepis kenyataan ini agar tidak terpengaruh dan dalam masa sama akan meningkatkan kepercayaan serta keimanan kepada Allah SWT.
Mengukuhkan akidah bukan satu perkara yang mudah untuk dilaksanakan, ia perlukan kekuatan iman. Ini adalah asas utama dalam mengukuhkan akidah. Persoalan iman dan akidah mestilah ditangani dengan sebaik-baiknya agar pada masa akan datang, anak-anak yang akan mewarisi kehidupan akan dapat hidup dalam suasana yang penuh harmoni, aman dan bebas daripada keruntuhan akhlak. Apa yang penting sekarang adalah peranan ibu bapa untuk mendidik anak-anak bermula dari rumah. Pendidikan asas agama penting untuk mereka aplikasikan dalam kehidupan. Pendidikan dari rumah akan berlanjutan ke peringkat sekolah dan pada peringkat ini, guru-guru turut terlibat dalam mendidik anak-anak, terutamanya mendidik agama itu sendiri.




Peranan dan Tanggungjawab Keluarga Terhadap Pendidikan Agama

Pendidikan awal adalah bermula dari rumah, tidak kira apa jua bentuk pendidikan yang diberikan, semuanya adalah bermula dari rumah. Kerana semestinya anak-anak itu dibesarkan di rumah, bukan di sekolah. Perana keluarga untuk mendidik anak-anak amat besar dan kesilapan dalam mendidik akan mendatangkan kesan yang tidak baik kepada kehidupan anak-anak itu sendiri. Dalam konteks ini, kita akan bincangkan tentang perana keluarga dalam pendidikan agama. Apabila kita membicarakan tentang pendidikan keagamaan, sudah pastilah kita akan menjurus kepad soal-soal yang berkaitan dengan pendidikan keimanan anak-anak itu.
Antara perkara yang telah ditekankan oleh para ulama pendidikan dan akhlak, bahawa anak-anak yang dilahirkan adalah atas kefitrahan tauhid serta aqidah keimanan terhadap Allah s.w.t. dilahirkan bersih dan suci. Lantaran itu apabila dibekalkan dan dilengkapkan dengan pendidikan yang betul dari rumah, kemudiannya dibiarkan anak-anak itu bergaul dengan golongan yang baik-baik, orang mukmin yang terpelajar, kelak apabila ia dewasa, anak-anak ini akan menjadi insan yang berguna dan mempunyai keimanan yang kukuh, akhlak yang terpuji serta pendidikan yang baik.

IMAN

Iman Maksud : tasdiq (membenarkan) iaitu percaya (iktikad) dengan hati, dilafazkan (ikrar) dengan perkataan dan diamalkan dengan perbuatan. Tasdiq tersebut mestilah dengan redha, tidak ragu, tidak engkar dengar semua ajaran Islam di atas dasar ilmu yang yakin, bukan di atas dasar syak atau ragu. Iman tidak boleh dibelah-bahagikan. Contohnya, sesiapa yang mengengkari (kufur) dengan satu arahan Allah, dikira kufur dengan semuanya, apatah lagi kufur dengan semua hukum Allah.

1) Membohong/menipu Di dalam kehidupan seharian, ramai yang terpengaruh sama ada daripada rakan sebaya di sekolah, tempat kerja dan juga tempat awam. Ketiga-tiga kategori di atas tidak terlepas daripada melakukan penipuan sama ada dalam bentuk perkataan dan juga amalan. Contoh perkataan ialah terus terang menukar maklumat asal dengan yang palsu ataupun menokok tambah cerita, dan amalan pula berupa dalam bentuk urusan perniagaan, meniru, sukatan berat dan menukar fakta. Sabda Rasulluh S.A.W yang maksudnya : “Tiga perkara, sesiapa yang memilikinya dia dianggap munafik sekalipun dia berpuasa, bersembahyang, menunaikan haji, membuat umrah dan mengaku dirinya seorang Islam iaitu orang yang apabila bercerita dia berdusta, apabila dia berjanji dia mungkir dan apabila diamanahkan (sesuatu) dia khianat”.

2)
Memungkiri Janji Berdasarkan Hadis Nabi pada no 1), sememangnya kadang-kadang dan ada juga selalu berlaku perihal memungkiri janji apabila berjanji. Perkara ini berlaku di setiap kategori dan sentiasa berlaku di kalangan orang dewasa yang sengaja tidak menunaikan janji dan sentiasa sibuk dengan urusan masing-masing dan menjadikan ia sebagai alasan.
3) Mengkhianati Amanah Kesinambungan dari hadis nabi pada no 1), Sifat amanah adalah salah satu sifat terpuji. Amanah juga merupakan salah satu sifat yang wajib bagi para rasul. Setiap umat Islam dituntut supaya memelihara amanah dan jangan sekali-kali mengkhianati amanah atau dengan kata lain pecah amanah. Perkara ini melemahkan iman seseorang dan seseorang itu akan terpengaruh melakukan amalan lain sekiranya tidak dibendung. Pecah amanah juga tidak terlepas untuk berlaku di sekolah dan tempat kerja.
4) Tidak Menjaga Solat Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : “Solat adalah tiang agama, barang siapa yang mendirikannya sesungguhnya dia telah mendirikan agamanya dan barang siapa yang meninggalkannya sesungguhnya dia telah meruntuhkan agamanya”. Jika diperhatikan pada hadis ini tiada sesiapapun yang terkecuali dari kewajipan bersolat walaupun saudara baru. Namun, apabila diperhatikan dan diselidiki, ramai yang tidak menjaganya terutamanya pelajar, wanita dan orang dewasa. Ini disebabkan oleh terlampau sibuk dengan urusan masing-masing dan malas. Walaupun wanita mempunyai sebab keuzuran tetapi ada juga di kalangan mereka memandang remeh mengenai solat. Para pelajar pula wajib diajar tentang kewajipan sembahyang. Rasulullah bersabda : “Suruhlah anak-anak kamu mengerjakan solat apabila berumur 7 tahun dan apabila sudah sampai 10 tahun maka pukullah jika mereka tidak sembahyang”. (Riwayat Abu Daud)
5) Puasa Ibadat puasa merupakanrukun Islam yang kedua selepas menunaikan solat. Lemahnya iman seseorang apabila tidak dapat menunaikan ibadat puasa kerana tidak tahan dengan dugaan dan godaan nafsu semasa berpuasa. Setiap tahun kita dikejutkan dengan penangkapan muslimin dna muslimat yang tidak berpuasa di bulan Ramadhan sama ada dari golongan pelajar, wanita dan orang dewasa. Mereka bukan sahaja tidak berpuasa kerana malas tetapi makan minum secara terbuka di khalayak ramai. Allah SWT berfirman maksudnya “Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu untuk berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa.” (al-Baqarah: 183).
Puasa yang difahami oleh kebanyakan orang adalah suatu yang menyebabkan badan menjadi lemah dan lesu. Ini tidak benar sekali kerana sebenarnya merupakan latihan yang baik untuk badan, pencernaan di samping memantapkan lagi keimanan kepada Allah SWT.

6)
Mengumpat Kebanyakan daripada kita sentiasa mengatakan para wanita amat suka mengumpat iaitu menceritakan mengenai seseorang tanpa pengetahuan seseorang yang diceritakan itu. Mengumpat kebanyakannya adalah untuk menerangkan keburukan seseorang itu bukan sahaja dilakukan oleh wanita tetapi semua golongan. Kelemahan iman boleh berlaku kerana perkataan dan amalan yang dilakukan adalah kehendak dan tiada kesedaran diri menyebabkan mereka mendapat dosa dan lupa tentang apa sepatutnya dibuat oleh mereka ketika itu sedangkan mereka sepatutnya menggunakan lidah mereka untuk mengucapkan perkara yang baik sentiasa.
7) Mencaci/mencela Perbuatan mencaci dan mencela yang juga disebabkan tidak menjaga lidah dan fikiran juga melemahkan iman seseorang pelajar, wanita dan orang dewasa yang juga boleh menjuruskan mereka kepada perbuatan yang lebih teruk dan berdosa iaitu fitnah. Mereka yang suka mencaci dan mengata orang lain menyebabkan fikiran mereka kotor dan tidak sedar tentang diri mereka sendiri. Apabila kita mengata kepada orang lain sebenarnya ia adalah doa kepada yang diri kita sendiri.

8)
Mencuri Ramai yang beranggapan perbuatan mencuri hanya berlaku di kalangan orang dewasa ataupun orang awam sahaja. Mencuri bukan sahaja melibatkan perbuatan dengan tangan atau kaki tetapi juga perbuatan zahir dan fikiran sesorang sebagai contoh mencuri idea, mencuri ruang dan meniru sesuatu tanpa kebenaran. Mencuri masa adalah sesuatu yang mungkin boleh dimaafkan.

3 mamat yg sengal

Di sebuah kg ada 3 org remaja yg suka lepak. Sorang tu nama dia Ali, sorang tu Budin dan sorang lagi Ciko. Aktiviti seharian depa ni menybbkan tok imam tak senang duduk. Padd satu hari tok imam tu datang dengan niat nak tarbiyah depa ni.

Maka berlakulah beberapa insiden cabar-mencabar. Tok imam tu cabar si mangkuk 3 ekor tu ke surau waktu Maghrib nanti.

Si Ali pun berkata, "Tok imam ingat kami ni jahil sangat ke? Takpa, nanti kami buktikan yg kami bukan la jahil sangat seperti yang disangkakan" .

Maka apabila hampir masuk waktu Maghrib pegilah malaun 3 ekor tu ke surau.

Tok imam pun suruh Ali azan. Tanpa berlengah terus je Ali azan, "Allah Ta'ala... Allah Ta'ala...". Dengan segera tok imam merampas mikrofon daripada Ali dan menyuruh Tok Bilal azan semula. Terselah kejahilan Ali.

Selepas iqamat, masa nak sembahyang tok imam pun mengangkat takbiratul ihram. Tok imam pun satu hal, angkat sekali tak khusyuk, angkat 2 kali pun tak khusyuk jugak lagi...

Masuk je kali ketiga, Budin panggil tok imam. "Tok,tok duduk kat belakang, biar saya jadi imam." Tok imam pun undur le ke belakang.

Budin pun angkat le takbiratul ihram. "Allahu akbar!" Maka para makmum pun ikut angkat takbiratul ihram & memulakan solat. Tiba-tiba je si Budin ni pusing ke belakang dan berkata, "Aaa, tengok! Sekali jee tokkkk!!" Lalu batallah solat Budin. Yg lain-lain pun ikut berenti sambil ketawa terbahak-bahak.

Tok imam pun mintak pulak si Ciko jadi imam. Si Ciko pun terus ke depan jadi imam solat tersebut bermula dari takbir sampai le habis sembahyang. Siap dg wirid-wiridnya sekali. Punyalah respek tok imam kat si Ciko niii...

Lepas solat, tok imam pun puji-memuji leee si Ciko ni... Tapi dgn bongkaknye si Ciko berkata,

"He hee, itu belum ambil wuduk lagi tu.Kalau tak, lagi dassat aku semayang. He heee..."

Tok imam pun terkedu & terpana...

nama orang jepun..

Tak tahan aku menahan gelak apabila terbaca satu artikel berkaitan dengan nama orang Jepun ni. Kalau sebelum ni, aku pernah kongsikan nama anak-anak orang Jawa dan kali ni aku nak kongsikan pulak nama orang Jepun…(yang ni pun aku dapat dari Internet..pandai-pandai carik sendiri erk). Yang menariknya, sebelum aku postingkan benda alah ni, aku tunjukkan dengan member Jepun aku….tergelak besar dia…dengan muka confiusnya sambil memuncungkan mulut dan mengerutkan dahinya…last2 aku terpaksa explain kat dia balik….very sorry fumiko…kakakakakkakakkaa….

01. Yang pemarah - KEiJI CACIMAKI
02. Yang suka berjimat - SAYORI SUKAMURA
03. Yang bisu - KIETA TADASORA
04. Yang suka makan nasi - NANACHi KASIBANYA
05. Yang suka layan blues - APO NADIKATO
06. Yang suka belajar - ASHIKO ULANGKAJI
07. Yang kerap bikin kacau - WAKASI HURUHARA
08. Yang sangat kedekut - MATIMATI TAMOKASI
09. Yang suka sangat tidur - ICHIBAN TIDOMATI
10. Yang suka mengintai - HINTAI AKOSUKA
11. Yang tua - TARAGIGI PADANMUKA
12. Yang kena tinggal bini - SUSAHATI BINILARI
13. Yang suka merempit - SAJA CARIMATI
14. Yang suka BERSUMPAH - SAIIFOO BAUKARI
15. Yang Lembab - AYUMI SIPUTBABI
16. Yang suka tidur - ASHIKO MEMBUTO
17. Yang suka cari pasal -KAKIYO GADUHO
18. Yang suka mengumpat - YASUKO MENGATO
19. Yang suka senyum sinis kat orang -SEIYUMO BAUKAMBINO”

LAWAK@Surat Putus Cinta

Seorang gadis kampung, Timah, ingin memutuskan hubungan dengan boyfriend omputihnya melelui surat. Suratnya berbunyi begini:-

Hi,

My motive write dis letter to giv know u something. I want to CUT CONNECTION us. I saw u PLAY WOOD THREE in front my eyes. So, I break connection to PULL MY BODY from dis luv. I hav think about dis very COOK-COOK. I know I CLAP 1 HAND only. I don trust u again! U are really CROCDILE LAND! I don want u to PLAY-PLAY with my LIVER. I hav been crying until no more eye water. I don want BANANA TO FRUIT 2 TIMES. SAFE WALK!

The true,

Timah

Malay translation (agak-agak lah / more or less lah) for those among you who haven't got the faintest idea what these words mean ;-p


Hi

Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk memberitahu awak sesuatu. Saya ingin memutuskan hubungan kita. Saya nampak awak bermain kayu tiga (have an affair) di depan mata saya. Jesteru itu, saya memutuskan hubungan dengan menarik diri daripada percintaan ini. Saya telah fikir perkara ini secara masak-masak. Saya tahu saya hanya menepuk satu tangan sahaja (only one sided in terms of rumour). Saya tidak percaya pada kamu lagi. Awak memang buaya darat. Saya tidak mahu awak bermain dengan hati saya. Saya menangis sehingga tiada air mata lagi. Saya tidak mahu pisang berbuah dua kali (Doesn't want this to occur again - taken from the Malay idiom that opportunity doesn't strike twice). Selamat jalan.


Yang benar,

Timah

Kisah Mat Salleh dengan Awek

Pada satu hari,ada la seorang awek ni kan terlanggar seorang mat saleh, lepas tu apalagi dia pun minta maaf dengan mat salleh tu begini:

-awek : I'm sorry….
mat saleh: I'm sorry TOO…
(awek ni jawab balik)awek : I'm sorry THREE…
(mat saleh tu dalam kebingungan dan bertanya)mat saleh:What are you sorry FOR ???
(awek ni pun jawab lagi)awek : I'm sorry FIVE….(mat saleh tu pun dalam kebingungan dan terus bertanya…mat salleh tanya lagi : ARE YOU SICK?
awek dengar mat salleh macam nak marah aja..awek pun jawab: I'm sorry SEVEN….
mat salleh tanya lagi: You must be having Stomach ACHE…
awek jawab : Im sorry NINE..
mat salleh naik panas terus jawab : Im sorry TEN…..

Interview dalam English LAWAK

Daud sedang di interview di sebuah syarikat :

Pegawai : Nama saudara siapa ?

Daud : "Daud..."

Pegawai : "Cuba ceritakan tentang keluarga saudara !!...

Daud : "Saya 2 beradik.. adik saya masih belajar di Kampung.. Orang Tua saya tinggal di Perak.. Nenek dan Datok saya dari belah ayah tinggal di Perlis... Nenek dan Datuk dari belah Ibu pula tinggal di Johor.. Bapak saudara dan mak saudara semua tinggal di Melaka..

Pegawai : "Apakan saudara boleh berbahasa ingeris ?

Daud : "Yes .. sir ... "

Pegawai : "now tell me about your family in English !!... "

Daud : "Sorry sir .. i don't have family in English ... they're all living in Malaysia"